LELAKI WAJIB MEMBERIKAN ORGASME PADA WANITA
LELAKI WAJIB MEMBERIKAN ORGASME PADA WANITA
Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah.
Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an telah mengungkaikan bahawa pengalaman orgasme bagi setiap wanita berbeza, bergantung terpulang pada setiap individu namun proses mendapatkan orgasme itu sentiasa sama.
Seorang wanita boleh mencapai orgasme beberapa kali, dan orgasme yang berlaku kali kedua boleh berlaku tidak lama setelah orgasme pertama.
Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang.
Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Maka berkewajiban bagi suami memberikan kepuasan orgasme kepada isteri dan tidak mementingkan diri sendiri.