Petua Mudah Hamil Untuk Wanita Yang Tinggal Berjauhan Dari Suami
PETUA MUDAH HAMIL UNTUK WANITA YANG TINGGAL BERJAUHAN DARI SUAMI
“Assalamu alaikum doctor, saya seorang pemuda berumur 38 tahun dan isteri saya berumur 35 tahun. Kami agak sibuk bekerja sebelum ini dan jarang berjumpa. Baru-baru ini kami berhajat untuk bernikah dan tinggal serumah dengan melakukan sedikit perniagaan. Memandang umur kami agak lewat, bolehkah doctor memberikan petua agar isteri saya mudah hamil. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Tahniah kerana saudara ada hasrat untuk berumahtangga. Bagi usia yang sebegini, saya menasihatkan agar kehamilan haruslah dipercepatkan dan jangan menunggu lagi. Semakin lama menunggu, semakin sukar untuk hamil dan semakin besar risiko ketika hamil.
Tiada petua yang luar biasa, hanya saudara haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan melakukan hubungan intim dengan isteri pada waktu subur.
Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah pertama, kira waktu subur dan pastikan dengan melakukan Ovulation Predictor Kit (OPK) yang dijual di farmasi agar dapat melakukan hubungan intim dengan suami pada masa yang betul.
Kedua, lakukan hubungan seks pada hari ovulasi , dan minta isteri berbaring selama 10 minit selepas itu.
Ketiga, tinggalkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Jika merokok, minum minuman keras, minuman bergas dan makanan makan segera yang banyak MSG, kedua-dua suami isteri harus hentikan tabiat ini segera.
Keempat, si isteri harus mengambil asid folik dan vitamin pranatal sebagai persediaan untuk hamil.
Kelima, sebagai suami harus mengelakkan mengelakkan pengambilan suplemen steroid anabolik, dan kurangkan ke sauna bagi memastikan sperma berkualiti tinggi.
Keenam, elakkan memakai seluar dalam lelaki yang ketat kerana akan menyebabkan kualiti sperma menjadi rendah.
Jika puan telah berumur 35 tahun ke atas, dan masih belum hamil selepas enam bulan bernikah, berjumpalah dengan pakar kesuburan.
Bagi lelaki yang mempunyai kualiti sperma yang rendah kerana merokok, minum minuman keras, minuman bergas, gemar makanan segera yang banyak MSG, obese dan mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hypertension dan tahap kolestrole yang tinggi, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus bagi meninggikan kualiti sperma.
Sumber; Dr Zubaidi Hj Ahmad